CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
LAMAN WEB INI ADALAH LAMAN WEB RASMI KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK PUTERI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. SEBARANG PENIRUAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.

Thursday, September 3, 2009

PERLEMBAGAAN KBK

KEAHLIAN

*Dibuka kepada semua murid SMK Puteri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
*Permohonan menjadi ahli adalah dengan mendaftar pada Hari Pendaftaran.
*Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan objektif Kelab Bimbingan dan Kaunseling


GURU PENASIHAT

*Guru Penasihat dilantik oleh pentadbiran sekolah
*Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


AHLI JAWATANKUASA

*Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
*Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
*Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
*Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
*Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

PENGERUSI

*Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan mesyuarat.
*Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diambil tindakan sewajarnya.
*Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester, penggal dan tahunan.
*Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke ssemasa.
*Menolong Guru Pemimpin dalam menjayakan segala rancangan


NAIB PENGERUSI

*Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
*Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru pemimpin dari semasa ke semasa.


SETIAUSAHA

*Menyelaras semua kerja urusetia untuk merancang dan mengelolakan
*Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
*Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti.
*Mencatatkan kehadiran ahli-ahli
*Mendapatkan maklumat terkini ahli.
*Menyediakan laporan semester dan Laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Penasihat.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru *Penasihat dari semasa ke semasa.

PENOLONG SETIAUSAHA


*Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
*Bekerjasama dengan setiausaha.
*Menjalankan tugas-tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

BENDAHARI

*Menolong Guru Penasihat mengutip wang derma daripada ahli
*Menguruskan segala kemasukan dan pengeluaran wang persatuan
*Merekod dan menuliskan penyata kewangan dengan bimbingan

GURU PENASIHAT

*Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Penasihat.
*Dalam hal pengurusan kewangan:
i) Menulis nama/tingkatan/nombor ahli semua ahli di dalam Buku Akaun.
ii) Memasti Borang Kewangan 1 ditandatangani oleh ahli apabila menerima wang derma daripada ahli tersebut.
iii) Menyerahkan wang kutipan derma kepada Guru Penasihat dan mengisi Borang Kewangan 2 sebagai bukti penyerahan wang.
iv) Borang Kewangan1 dan 2 hendaklah disemak oleh Guru Penasihat dan selepas itu menyimpannya di dalam fail masing-masing.
( Borang Kewangan 1 dan 2 juga digunakan untuk penerimaan dan pembayaran wang untuk perkara yang lain.)
v) Semua resit dan bil-bil hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang perlu disimpan di sekolah.

*Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara Kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.
*Menyediakan penyata kira-kira tahunan serta menandatanganinya.
*Menyediakan penyata kewangan untuk mesyuarat agung.
*Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta semasa mesyuarat AJK.


PENOLONG BENDAHARI

*Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari
*Membantu tugas-tugas Bendahari menyiapkan penyata kira-kira kelab/persatuan.

AHLI JAWATANKUASA

*Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
*Mempengerusikan jawatan kuasa kecil sekirannya dilantik.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

JURUAUDIT

*Memeriksa dan menyemak secara terperinci serta mengesahkannya sebelum mesyuarat agung persatuan/kelab

KEWANGAN

*Jumlah derma mingguan / bulanan / tahunan hendaklah
ditentukan dalam Mesyuarat Agong serta mendapat persetujuan dari pihak pentadbir.
*Derma mingguan adalah sebanyak RM 5.00 setahun
*Persatuan/kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
*Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi menyertai aktiviti tersebut.


PERATURAN

*Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas.
*Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh Guru Pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli

PENYERTAAN

*Keahlian dibuka kepada pelajar –pelajar SMK Puteri
*Had Keahlian ialah 100 ahli.

KEHADIRAN

*Ahli dimestikan hadir pada hari aktiviti.
*Kegagalan berbuat demikan sebanyak 3 kali berturut-turut akan dimaklumkan kepada ibubapa secara bertulis.
*Peratus kehadiran perlu sekurang-kurangnya 70%.

PAKAIAN

*Tidak betentangan dengan peraturan sekolah

Keselamatan dan Disiplin
*Ahli hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan Persatuan.

Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum
*Hendaklah dibawa oleh ahli setiap kali perjumpaan untuk merekod kehadiran dan aktiviti.

Penggunaan Kemudahan dan Peralatan
*Semua ahli bertanggungjawab menggunakan kemudahan/ peralatan sekolah dengan baik dan selamat.

PERJUMPAAN / MESYUARAT AGUNG


*Mesyuarat Agung diadakan pada bulan Jun untuk pemilihan dan
pembentukan organisasi persatuan serta perancangan aktiviti-
aktiviti.
*Perjumpaan diadakan pada minggu ke-2 7 ke -3 pada hari Rabu pada jam 2.30 hingga 4.00 petang
(Jika ada perjumpaan tambahan, laporan perlu di buat- nyatakan tarikh, masa, tempat, guru dan bilangan pelajar terlibat.)
*Pelajar-pelajar dikehendaki memakai seragam sekolah/ uniform kelab setiap kali perjumpaan.
*Kehadiran pelajar akan dicatatkan pada setiap kali perjumpaan diadakan.
*Guru Pemimpin dan pelajar akan memastikan bilik perjumpaan
dikemaskan sebelum bersurai.

PENDAFTARAN PERSATUAN/ BADAN BERUNIFORM

Persatuan / Badan Beruniform ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dengan syarat pendaftaran boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak untuk menambah atau meminda atau memansuhkan nama-nama peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.