CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
LAMAN WEB INI ADALAH LAMAN WEB RASMI KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK PUTERI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. SEBARANG PENIRUAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.

Sunday, September 6, 2009

PENGENALAN KBK

KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan satu badan kokurikulum yang menganjurkan program perkembangan dan pencegahan demi pembangunan pelajar yang membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mencapai visi dan misi sekolah. Program yang dirancangkan meliputi bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepemimpinan dan bimbingan kelompok. Oleh itu pelbagai strategi perlu dirancang dan diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Kelab Bimbingan Dan Kaunseling diharapkan sentiasa dapat diurus dengan baik, seterusnya menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkualiti dan menyeluruh kepada pelajar. Pelajar akan dapat dibimbing agar mencapai wawasan sendiri untuk kesejahteraan diri. Bukan sahaja aspek akademik, kokurikulum malahan aspek sahsiah diri. Pelajar dapat memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri untuk berhadapan dengan kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kelab Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna dan berkesan kepada kesejahteraan hidup manusia. Ini adalah bahagian yang penting dalam matlamat pendidikan kebangsaan.

RASIONAL

Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu mendesak. Aktiviti Kelab Bimbingan Dan Kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen. Semua murid mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan sekiranya dibimbing dengan baik dan berkesan. Sehubungan itu, Kelab Bimbingan & Kaunseling SMK. Puteri terus komited dan sepakat untuk melaksanakan program khas yang disusun berasaskan keperluan pelajar dalam penilaian sebelumnya.Program ini juga memberi penekanan kearah mengatasi kelemahan dan penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan sebelum ini.



CARTA ORGANISASI



KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK PUTERI
CARTA ORGANISASI 2009/2010


GURU PENASIHAT:
PN HASMALIZA BT. HASSAN
PN INAHKUALA BT. ABDULLAH
PN LAI LEE JUEN
PN KOHILAVAANI SADASIVAM


PENGERUSI : RASYIQAH BATRISYA BT. MD ZOLKAPLI

NAIB PENGERUSI : SANGGITAH A/P ARASALINGAM

SETIAUSAHA : CHIN SHIN XUAN

NAIB SETIAUSAHA : NURUL AZEERA BINTI AZLAN LONG

BENDAHARI : VAITINI A/P GOBY

NAIB BENDAHARI : THARANI A/P ELUMALAI

AJK PAPAN KENYATAAN : SANDRIKA A/P SANGARAN
: NURUL NADYA BT ZULKEPLI

AHLIJAWATANKUASA
TINGKATAN 5 : R.JEYASANGKARI A/P RAJENDRAN
TINGKATAN 4 : NORAINI NADIRA MOHD NOR
TINGKATAN 3 : NURSHAHIRAH BT SHUHAIMI
TINGKATAN 2 : SITI SARAH BT ROSSAINUL FAHMY

Thursday, September 3, 2009

MOTO, VISI, MISI DAN MATLAMAT

MOTO

Bimbingan dan Kaunseling menjana ke arah kecemerlangan pelajar

VISI

Kelab Bimbingan dan Kaunseling menerapkan budaya saling membantu dalam diri para pelajar menjelang 2010

MISI

Menerapkan nilai kasih sayang dan nilai keutuhan serta melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berhemah tinggi sejajar dengan misi dan visi sekolah

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

OBJEKTIF KBK

OBJEKTIF KELAB

Ialah seperti berikut:

*membina pasukan KBK yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-rakan.

*melatih ahli KBK kemahiran asas yang mmebolehkan mereka berinteraksi

*membina satu perkhidmatan sokongan dalam bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan ini.

*membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah salahlaku secara tidak formal dengan menggunakan pengaruh positif ahli KBK

*membina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepaDa Tuhan

*menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah

*memupuk menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa dan suka menolong

MAKLUMAT KELAB

NAMA : KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ALAMAT : SMK PUTERI, Jalan Labu Lama, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Penaung :
Pn. Hajah Azizah bt. Mohd. Nor ( Pengetua Cemerlang SMK Puteri )

Penyelaras :
Pn. Poziah bt. Abdul Jalil ( GPK Kokurikulum )
Pn Norhayati bt. Mat Isa ( Guru Penyelaras Kelab & Persatuan )

Penasihat :
Pn. Hasmaliza bt. Hassan ( Guru Pemimpin )
Pn. Inahkuala bt. Abdullah
Pn. Lai Lee Juen
Pn. Kohilaavani Sadasivam

PIAGAM KBK

PIAGAM
KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING


* Melatih pelajar kemahiran asas bimbingan dan aspek tolong-menolong yang berkesan

* Membina budaya kasih mesra membantu di kalangan pelajar

* Melatih ahli KBK dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu yang lain

PERLEMBAGAAN KBK

KEAHLIAN

*Dibuka kepada semua murid SMK Puteri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
*Permohonan menjadi ahli adalah dengan mendaftar pada Hari Pendaftaran.
*Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan objektif Kelab Bimbingan dan Kaunseling


GURU PENASIHAT

*Guru Penasihat dilantik oleh pentadbiran sekolah
*Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


AHLI JAWATANKUASA

*Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
*Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
*Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
*Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
*Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

PENGERUSI

*Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan mesyuarat.
*Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diambil tindakan sewajarnya.
*Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester, penggal dan tahunan.
*Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke ssemasa.
*Menolong Guru Pemimpin dalam menjayakan segala rancangan


NAIB PENGERUSI

*Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
*Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru pemimpin dari semasa ke semasa.


SETIAUSAHA

*Menyelaras semua kerja urusetia untuk merancang dan mengelolakan
*Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
*Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti.
*Mencatatkan kehadiran ahli-ahli
*Mendapatkan maklumat terkini ahli.
*Menyediakan laporan semester dan Laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Penasihat.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru *Penasihat dari semasa ke semasa.

PENOLONG SETIAUSAHA


*Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
*Bekerjasama dengan setiausaha.
*Menjalankan tugas-tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

BENDAHARI

*Menolong Guru Penasihat mengutip wang derma daripada ahli
*Menguruskan segala kemasukan dan pengeluaran wang persatuan
*Merekod dan menuliskan penyata kewangan dengan bimbingan

GURU PENASIHAT

*Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Penasihat.
*Dalam hal pengurusan kewangan:
i) Menulis nama/tingkatan/nombor ahli semua ahli di dalam Buku Akaun.
ii) Memasti Borang Kewangan 1 ditandatangani oleh ahli apabila menerima wang derma daripada ahli tersebut.
iii) Menyerahkan wang kutipan derma kepada Guru Penasihat dan mengisi Borang Kewangan 2 sebagai bukti penyerahan wang.
iv) Borang Kewangan1 dan 2 hendaklah disemak oleh Guru Penasihat dan selepas itu menyimpannya di dalam fail masing-masing.
( Borang Kewangan 1 dan 2 juga digunakan untuk penerimaan dan pembayaran wang untuk perkara yang lain.)
v) Semua resit dan bil-bil hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang perlu disimpan di sekolah.

*Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara Kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.
*Menyediakan penyata kira-kira tahunan serta menandatanganinya.
*Menyediakan penyata kewangan untuk mesyuarat agung.
*Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta semasa mesyuarat AJK.


PENOLONG BENDAHARI

*Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari
*Membantu tugas-tugas Bendahari menyiapkan penyata kira-kira kelab/persatuan.

AHLI JAWATANKUASA

*Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
*Mempengerusikan jawatan kuasa kecil sekirannya dilantik.
*Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

JURUAUDIT

*Memeriksa dan menyemak secara terperinci serta mengesahkannya sebelum mesyuarat agung persatuan/kelab

KEWANGAN

*Jumlah derma mingguan / bulanan / tahunan hendaklah
ditentukan dalam Mesyuarat Agong serta mendapat persetujuan dari pihak pentadbir.
*Derma mingguan adalah sebanyak RM 5.00 setahun
*Persatuan/kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
*Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi menyertai aktiviti tersebut.


PERATURAN

*Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas.
*Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh Guru Pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli

PENYERTAAN

*Keahlian dibuka kepada pelajar –pelajar SMK Puteri
*Had Keahlian ialah 100 ahli.

KEHADIRAN

*Ahli dimestikan hadir pada hari aktiviti.
*Kegagalan berbuat demikan sebanyak 3 kali berturut-turut akan dimaklumkan kepada ibubapa secara bertulis.
*Peratus kehadiran perlu sekurang-kurangnya 70%.

PAKAIAN

*Tidak betentangan dengan peraturan sekolah

Keselamatan dan Disiplin
*Ahli hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan Persatuan.

Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum
*Hendaklah dibawa oleh ahli setiap kali perjumpaan untuk merekod kehadiran dan aktiviti.

Penggunaan Kemudahan dan Peralatan
*Semua ahli bertanggungjawab menggunakan kemudahan/ peralatan sekolah dengan baik dan selamat.

PERJUMPAAN / MESYUARAT AGUNG


*Mesyuarat Agung diadakan pada bulan Jun untuk pemilihan dan
pembentukan organisasi persatuan serta perancangan aktiviti-
aktiviti.
*Perjumpaan diadakan pada minggu ke-2 7 ke -3 pada hari Rabu pada jam 2.30 hingga 4.00 petang
(Jika ada perjumpaan tambahan, laporan perlu di buat- nyatakan tarikh, masa, tempat, guru dan bilangan pelajar terlibat.)
*Pelajar-pelajar dikehendaki memakai seragam sekolah/ uniform kelab setiap kali perjumpaan.
*Kehadiran pelajar akan dicatatkan pada setiap kali perjumpaan diadakan.
*Guru Pemimpin dan pelajar akan memastikan bilik perjumpaan
dikemaskan sebelum bersurai.

PENDAFTARAN PERSATUAN/ BADAN BERUNIFORM

Persatuan / Badan Beruniform ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dengan syarat pendaftaran boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak untuk menambah atau meminda atau memansuhkan nama-nama peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.

PERANCANGAN AKTIVITI

PERANCANGAN AKTIVITI
KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK PUTERI SEREMBAN 2009


Merangka Perancangan Kelab Bimbingan dan Kaunseling 2009
Januari

Promosi Kelab Hari Pendaftaran Tingkatan 1
Januari

Mesyuarat AJK
Februari

Ceramah Dan Bengkel Kemahiran Kaunseling
25.2.09

Ceramah Rokok/Dadah
25.3.09

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan
8.4.09

Program Remaja & Sahsiah Diri
22.4.09

Bengkel Teknik Penyelesaian Masalah
06.5.09

Lawatan Kerjaya
17.6.09

Pertandingan Buku Skrap
24.6.09

Ceramah Kerjaya
8.7.09

Bengkel Kemahiran Belajar dan Pengurusan Masa
22.7.09

Mesyuarat Agung dan Pelaporan
12.8.09

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI GURU














AKTIVITI KELAB

Para ahli mendengar arahan aktiviti yang diberikan kepada mereka.


Para ahli menjalankan aktiviti dengan jayanya.

Para pemenang bagi pertandingan melukis poster yang telah diadakan oleh pihak Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Para ahli yang menyertai Program Rakan Muda yang diadakan di SMK Pendeta Za'ba.

Para ahli kelab bersama guru penasihat kelab iaitu Pn. Lai Lee Juen

MESYUARAT AGONG


Ahli kelab yang mengundi bagi jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi.



Ucapan dan harapan daripada pengerusi kelab yang baru.



Bendahari kelab iaitu Chin Shin Xuan mempromosikan diri.



Badan Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang baru bagi sesi 2009-2010 telah dilantik.



Ahli-ahli kelab yang aktif memberikan undian mereka.


Naib Pengerusi iaitu Sanggitah dan Pengerusi Kelab iaitu Rasyiqah menguruskan pemilihan AJK.


AJK TINGKATAN 5 iaitu Jeyasangkari mempromosikan diri.