CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
LAMAN WEB INI ADALAH LAMAN WEB RASMI KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK PUTERI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. SEBARANG PENIRUAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.

Sunday, September 6, 2009

PENGENALAN KBK

KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan satu badan kokurikulum yang menganjurkan program perkembangan dan pencegahan demi pembangunan pelajar yang membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mencapai visi dan misi sekolah. Program yang dirancangkan meliputi bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepemimpinan dan bimbingan kelompok. Oleh itu pelbagai strategi perlu dirancang dan diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Kelab Bimbingan Dan Kaunseling diharapkan sentiasa dapat diurus dengan baik, seterusnya menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkualiti dan menyeluruh kepada pelajar. Pelajar akan dapat dibimbing agar mencapai wawasan sendiri untuk kesejahteraan diri. Bukan sahaja aspek akademik, kokurikulum malahan aspek sahsiah diri. Pelajar dapat memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri untuk berhadapan dengan kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kelab Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna dan berkesan kepada kesejahteraan hidup manusia. Ini adalah bahagian yang penting dalam matlamat pendidikan kebangsaan.

RASIONAL

Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu mendesak. Aktiviti Kelab Bimbingan Dan Kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen. Semua murid mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan sekiranya dibimbing dengan baik dan berkesan. Sehubungan itu, Kelab Bimbingan & Kaunseling SMK. Puteri terus komited dan sepakat untuk melaksanakan program khas yang disusun berasaskan keperluan pelajar dalam penilaian sebelumnya.Program ini juga memberi penekanan kearah mengatasi kelemahan dan penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan sebelum ini.